fbpx

England berhak rasa megah – Walker

Kyle Walker - AFP

DOHA: Pemain tengah, Kyle Walker mendakwa skuad England sekarang berhak merasa megah sepanjang kempen Piala Dunia kerana pasukan itu dianggap paling berbakat berbanding generasi emas sebelum ini.

Walker yang berada dalam pasukan Gareth Southgate ketika mara ke separuh akhir 2018 dan perlawanan akhir Kejohanan Eropah berkata, pemain-pemain England berada dalam keyakinan yang amat tinggi.

Pemain bek berusia 32 tahun itu yang bangkit daripada kecederaan sebelum ini berkata, rakan sepasukan juga yakin meneruskan permainan cemerlang apabila berdepan Amerika Syarikat (AS) esok.

“Kami berhak mendapat sokongan dan harapan daripada peminat dan saya rasa itu tidak salah. Apabila anda menjadi pasukan harapan bermakna pasukan anda hebat,” katanya.

Three Lions sebelum ini membenam Iran 6-2 dalam aksi pembukaan Kumpulan B.

“Ada perbezaan antara keyakinan dan berasa megah. Kami perlu berasa yakin tetapi pada masa yang sama turut perlu berasa megah ketika melangkah ke perlawanan.

“Anda memasuki padang dengan segak dan yakin akan menang perlawanan itu. Jika anda berasa berbelah-bahagi bermakna anda sudah tewas dari awal. Jadi keyakinan penting dan pada masa sama bertenang,” ujarnya.

Menurut Walker, tempoh 90 minit bukan mudah kerana anda tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku. Yang penting kerja berpasukan.

Walker pada masa sama memuji persembahan meningkat naik beberapa pemain muda antaranya Phil Foden, Mason Mount, Jack Grealish dan Declan Rice yang disifatkannya mempunyai masa depan gemilang.

Kenyataannya menurut Walker tidak bermakna dia memperkecilkan kemampuan bintang lama seperti Wayne Rooney, Joe Col dan David Beckham tetapi mereka dianggap tidak sehebat generasi Three Lions sekarang. – Agensi/UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN