9 penyerang, Brazil serba-serbi lengkap

9 penyerang, Brazil serba-serbi lengkap

PEMAIN-PEMAIN Brazil melayan peminat-peminat cilik selepas menjalani latihan di Stadium Al Arabi SC, Doha, semalam. Brazil akan menentang Serbia, esok. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Skuad Brazil masih berteka teki dengan taktikal yang akan digunakan dalam aksi pertama mereka menentang Serbia dalam saingan Kumpulan G Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail awal pagi esok.

Bagaimanapun dijangkakan skuad bimbingan Tite itu akan terus kekal dengan taktikal tradisi mereka menerusi corak permainan menyerang dalam misi memburu kejuaraan keenam bagi menjulang piala berprestij itu.

Penyerang Brazil, Raphinha berkata, tanpa mengira pemain mana yang diturunkan skuad Selecao yang dibarisi sembilan penyerang, misi mereka tetap sama iaitu meraih kemenangan dalam setiap aksi di bumi Qatar.

“Jurulatih masih tidak memberi bayangan mengenai pemilihan pemain menjelang aksi pertama dan tiada sebarang jaminan termasuk buat Vinicius Jr untuk berada dalam kesebelasan

“Kami adalah pasukan menyerang dan mempunyai ramai pemain hadapan adalah satu kelebihan kami kali ini.

“Kami yakin, penampilan Vinicius menjadikan pasukan lebih pantas dan memiliki Lucas Paqueta akan membuatkan Brazil lebih berbahaya di bahagian tengah,” kata Raphinha.

Menjelang aksi sepak mula menentang Serbia, Tite masih berahsia mahu sama ada mahu meletakkan Fred dengan rakan sepasukannya di Manchester United, Casemiro untuk memantapkan bahagian tengah atau menggandingkan Vinicius bersama Neymar, Richarlison dan Raphinha.

Dalam pada itu penyerang Richarlison juga sependapat dengan Raphinha mengenai formasi yang perlu digunakan Brazil dan memberitahu dengan jelas apa yang dia mahu jurulatih lakukan.

“Saya akan bermain dengan beberapa ramai pemain di bahagian hadapan. Lebih ramai penyerang, saya akan kerap menerima bola dan mampu menjaringkan lebih banyak gol. Itulah yang saya mahu, menjadi nombor 9 Brazil,” kata Richarlison.

Selepas menentang Serbia awal pagi esok skuad Selecao akan berdepan saingan Switzerland dan Cameroon dalam aksi Kumpulan G.

Tekanan kini kian dirasai apabila Brazil mahu mencipta rekod muncul juara kali keenam dengan skuad dipenuhi pemain berbakat besar dan wajah baharu apabila 16 daripada mereka akan tampil kali pertama di pentas tertinggi itu.

Mengetuai pemain muda di pentas kali ini adalah bintang sedang berada pada prestasi terbaik, Neymar, yang memastikan Brazil menang 37 daripada 50 perlawanan sejak tewas di tangan Belgium di suku akhir Piala Dunia 2018 di Rusia.

Sementara itu, tampil dengan barisan serangan yang ketika ini dalam terbaik menjadikan Serbia selaku salah satu pasukan mampu untuk mencipta kejutan besar di Qatar.

Saingan kali ini menyaksikan Serbia jelas lebih bersedia sejak awal menerusi beberapa keputusan aksi sebelum itu yang sangat positif bersama corak permainan lebih menyakinkan.

Malah, pasukan tersebut juga meninggalkan rekod semasa yang sangat menarik selepas mereka menghuni kedudukan teratas carta kumpulan dalam saingan Nation League.

Pengendali Serbia, Dragan Stojkovic tampil dengan positif setakat ini untuk mengemudi pasukan di landasan yang tepat untuk mencabar sebarang kejuaraan.

Daripada 20 perlawanan dihadapi Serbia sepanjang bawah kejurulatihannya, beliau berjaya memberi negara tersebut 13 kemenangan secara keseluruhan.

Beliau gemar menggunakan sistem tiga pertahanan dalam perlawanan dihadapi terutama sekali ketika saingan Nations League lalu menerusi formasi 3-4-2-1 untuk meletakkan Aleksandar Mitrovic sebagai penyerang tunggal. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya