Pemecatan Phahrolrazi perkara biasa dalam parti

Pemecatan Phahrolrazi perkara biasa dalam parti

MOHAMAD Sabu berucap para program Ceramah Mega PH di Tambun, Ipoh semalam. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemecatan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi daripada parti adalah perkara biasa, kata Presidennya, Mohamad Sabu.

Menurut beliau, insiden lucut jawatan itu biasa dilakukan sekiranya ahli didapati melanggar disiplin parti.

“Dalam disiplin parti, itu (pemecatan) adalah perkara biasa. Dulu dalam parti Pas lama, Datuk Asri (Allahyarham Mohd. Asri Muda) pun diambil tindakan disiplin.

“Jadi, orang yang langgar disiplin parti, itu tindakan biasa,” katanya ketika ditemui pada Jelajah Mega Harapan Negeri Perak di Tambun semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pemecatan Phahrolrazi yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu kerana dikatakan melanggar perlembagaan parti.

Amanah Kedah dikatakan mengalami pergolakan apabila sebahagian pimpinan utama di negeri itu tidak berpuas hati dengan pemberian kerusi Parlimen Jerai kepada DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Selain Parlimen Jerai, Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong di Teluk Intan juga berdepan kemelut serupa apabila Amanah dan DAP meletakkan calon masing-masing di kerusi sama.

Mengulas perkara itu, Mohamad berkata, Amanah tidak mempunyai masalah memberikan kerusi Parlimen Jerai dan DUN Changkat Jong kepada DAP untuk ditandingi PRU15.

Beliau berkata, kedua-dua kerusi berkenaan sah milik DAP dan pihaknya tiada bantahan berhubung perkara itu.

“Ya, sah (dua kerusi bakal ditandingi calon DAP). Amanah tiada bantahan apa-apa. Kita juga tiada masalah (dengan DAP),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.