Teruskan PdPR di sekolah padat, pedalaman

Teruskan PdPR di sekolah padat, pedalaman

pdpr
SESI pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam kebun getah adalah antara masalah yang dihadapi pelajar semasa PdPR dilaksanakan tahun lalu ekoran pandemik Coivid-19. Isu capaian internet perlu diselesaikan terlebih dahulu jika kerajaan berhasrat menjadikan PdPR sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pencapaian cemerlang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 membuktikan gabungan kaedah pembe­lajaran secara bersemuka dan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) formula terbaik dalam membentuk masa depan pendidikan negara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom menyifatkan, kaedah PdPR terbukti tidak gagal sebaliknya menjadi pendidikan tambah nilai yang cukup berharga buat para pelajar.

Bukan itu sahaja, beliau me­nganggap keputusan cemerlang SPM 2021 tidak akan tercapai dan kaedah PdPR tidak akan berjaya tanpa sokongan penuh guru-guru dan ibu bapa.

“Kejayaan PdPR juga me­nunjukkan ibu bapa tidak sekadar duduk diam, mereka juga bimbang jadi mereka turut memberikan bimbingan kepada anak-anak,” katanya.

Keputusan SPM 2021 me­nunjukkan pencapaian luar biasa apabila seramai 9,696 calon mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran dengan nilai GPN dicatatkan pada kadar 4.86.

GETIR

Ini meskipun sejumlah 382,156 calon menduduki pepe­riksaan itu berbanding 407,097 calon berdaftar, selepas terpaksa menempuh cabaran getir mengikuti dua tahun pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian kesan penularan pandemik Covid-19.

Justeru, beliau berpandangan Kementerian Pendidikan wajar meneruskan kaedah PdPR, terutamanya bagi pelajar di sekolah-sekolah padat dan pelajar di pedalaman.

“PdpR wajar diteruskan, ia dapat banyak membantu pelajar terutama yang berada di sekolah yang terlalu padat dan terlalu ramai murid.

“Ia juga dapat membantu pelajar di kawasan pedalaman dan di pulau-pulau, mereka akan dapat belajar dan mengulang kaji dengan lebih berkesan walaupun di rumah,” katanya.

Beliau juga yakin, gabungan kaedah ini serta penambahbaikan akan menyaksikan keputusan SPM yang lebih cemerlang di tahun-tahun akan datang.

“Gabungan antara pembe­lajaran secara bersemuka dan PdPR akan menjadikan para pelajar lebih bersedia menghadapi SPM, mereka lebih faham soalan dan dapat markah lebih bagus.

Diharapkan keputusan SPM akan bertambah cemerlang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN