Segera lantik TPM dari Sabah, Sarawak - Utusan Malaysia

Segera lantik TPM dari Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan perlu melantik Timbalan Perdana Menteri dari Sabah atau Sarawak dengan kadar segera seiring semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dipersetujui semua pihak.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Romzi Ationg berkata, seharusnya jawatan Timbalan Perdana Menteri dari Sabah atau Sarawak itu diberikan selepas pilihan raya umum (PRU) lalu.

ROMZI ATIONG

Langkah ini bagi memastikan segala tuntutan yang disuarakan oleh Sabah dan Sarawak dapat dipenuhi.

“Malah, tindakan melantik pemimpin Sabah atau Sarawak ini memberi gambaran kesungguhan Kerajaan Persekutuan menangani ketidakpuasan hati rakyat Sabah dan Sarawak.

“Di samping itu, janji yang termeterai semasa proses penubuhan Malaysia oleh pemimpin terdahulu juga boleh ditunaikan,” katanya.

Walau bagaimanapun terpulang kepada pucuk pimpinan negara menentukan pemimpin yang ingin dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Khidmat Komuniti) UMS itu berkata, syarat lantikan Timbalan Perdana Menteri boleh ditentukan oleh pucuk pimpinan negara berdasarkan kualiti kepimpinan seorang wakil rakyat.

Jelas beliau, ahli Parlimen yang mempunyai integriti tinggi, berpengalaman dan mampu bersikap adil dan saksama dalam pentadbiran perlu diberi pertimbangan bagi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri

Sejak Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri pada 20 Ogos tahun lalu, jawatan Timbalan Perdana Menteri masih dikosongkan dan belum diisi sehingga kini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN