Gangguan seksual: Polis sahkan ambil keterangan pendakwah terkenal - Utusan Malaysia

Gangguan seksual: Polis sahkan ambil keterangan pendakwah terkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kehadiran pendakwah terkenal di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk diambil keterangan berhubung siasatan melibatkan kes gangguan seksual.

Difahamkan, pendakwah terkenal terbabit hadir kira-kira 9.30 pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan kehadiran pendakwah berkenaan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dan difahamkan satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung perkara itu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN