LEKAS ditutup dari 6 petang Sabtu hingga 4.30 pagi Ahad

LEKAS ditutup dari 6 petang Sabtu hingga 4.30 pagi Ahad

Lebuhraya Kajang–Seremban Sdn Bhd (LEKAS)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) akan ditutup sepenuhnya selama 10 jam 30 minit mulai pukul 6 petang Sabtu ini (28 November) hingga 4.30 pagi Ahad (29 November) sempena acara berbasikal RHB LEKAS Highway Ride 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif LEKAS, Chua Lay Hoon berkata, penutupan itu melibatkan sembilan persimpangan dan 20 susur keluar masuk dari Persimpangan Kajang Selatan hingga Persimpangan Paroi bagi memastikan keselamatan peserta.

Katanya, polis akan menempatkan pegawai dan anggota dari Kajang, Semenyih, Nilai, Mantin, Seremban dan Paroi bagi membantu penutupan lebuh raya itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“LEKAS telah mendapat sokongan dan kelulusan daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pesuruhjaya Sukan Malaysia bagi penganjuran acara berbasikal ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengguna dari arah utara termasuk Kuala Lumpur, Cheras dan Kajang serta dari arah selatan termasuk Seremban, Senawang dan Kuala Pilah dinasihatkan menggunakan Jalan Persekutuan 1 atau Lebuhraya PLUS sepanjang tempoh penutupan.

Pengguna turut diminta mematuhi papan tanda dan arahan petugas trafik sepanjang acara tahunan itu yang memasuki edisi ke-11.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi akaun X @LEKAStrafik, Facebook LEKAS Highway, Instagram @lekashighway atau talian 24 jam 1-800-88-8021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini