Wawasan tak bertanding PRN Sarawak - Utusan Malaysia

Wawasan tak bertanding PRN Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Wawasan Negara memuktamadkan keputusan tidak mengetengahkan calon mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Naib Presidennya, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata ketetapan itu selari keputusan Pas untuk tidak bertanding pada PRN Sarawak.

“Bagaimanapun, saya ada berbincang dengan kepimpinan Wawasan negeri kerana sebenarnya kita ada kekuatan juga di Sarawak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya minta mereka mengadakan perbincangan segera dengan pemimpin beberapa parti politik tempatan.

“Ini bagi membolehkan Wawasan menyatakan sokongan kepada parti berkenaan pada PRN Sarawak,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini