Anwar jawab persoalan dasar, keputusan kerajaan malam ini

Anwar jawab persoalan dasar, keputusan kerajaan malam ini

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab pelbagai persoalan mengenai dasar dan keputusan kerajaan menerusi program Dialog Negara Khas: ‘Di Sebalik Keputusan…’ malam ini.

Program itu menampilkan barisan panel yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat bagi mengupas persoalan berkaitan hala tuju dan pentadbiran negara.

Anwar berkata, program itu diharap dapat memberi pencerahan kepada rakyat berhubung pertimbangan kerajaan dalam membuat sesuatu keputusan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akan menjawab pelbagai persoalan yang dibangkitkan panelis yang mewakili pelbagai segmen masyarakat, khususnya menyentuh dasar, pertimbangan dan keputusan kerajaan dalam mengemudi negara.

“Mudah-mudahan wacana ini dapat memberi pencerahan, merungkai kekeliruan serta memperkukuh kefahaman rakyat mengenai hala tuju negara, insya-Allah,” katanya hari ini.

Orang ramai boleh mengikuti program berkenaan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan saluran tempatan lain pada pukul 9 malam ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini