Amalan 'booking fee' langgar peraturan - Utusan Malaysia

Amalan ‘booking fee’ langgar peraturan

K. N. Jayaselan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Amalan meminta fi tempahan (booking fee) yang berleluasa dalam kalangan pemaju perumahan khususnya pihak swasta adalah bertentangan dengan Peraturan 11(2), PeraturanPeraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan 1989).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, K.N. Jayaselan berkata, berdasarkan peraturan di bawah Akta Pemaju Perumahan ( Kawalan Dan Perlesenan)1966 itu, mana-mana orang tidak boleh mengutip apa-apa bayaran sebelum Perjanjian Jual Beli (SPA) perumahan ditandatangani.

Sehubungan itu, kata beliau, tindakan pendakwaan boleh diambil terhadap pemaju sekiranya terdapat aduan yang dikemukakan oleh pembeli.

“Berdasarkan akta berkenaan, mana-mana orang yang melanggar peruntukan peraturan ini jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih daripada RM50,000 atau dipenjara tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya,” katanya di sini, semalam.

Jayaselan berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan sama ada amalan meminta fi tempahan itu sah di sisi undang-undang berikutan kecenderungan pemaju meminta pembeli membayar serendah RM500 atau maksimum satu peratus daripada harga kediaman yang ingin dibeli.

Sementara itu, bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, duit tempahan itu dikenakan kerana terdapat permintaan daripada pembeli untuk menempah sesuatu rumah tetapi tidak bersedia menandatangani SPA kerana akan diminta membayar 10 peratus deposit.

“Sekiranya gagal dalam tempoh tertentu untuk membayar 90 peratus lagi daripada harga rumah atau mendapatkan pinjaman, maka, deposit tersebut akan lupus.

“Sewaktu saya menjadi Exco dahulu, amalan mengenakan fi tempahan oleh pemaju tidak berleluasa, tetapi bakal pembeli masih sanggup membayarnya kerana tidak yakin sepenuhnya permohonan pinjaman perumahan mereka akan diluluskan institusi perbankan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, apa yang boleh dilakukan oleh bakal pembeli adalah berbincang terlebih dahulu dengan pihak bank dari segi kedudukan kewangan semasa mereka untuk melihat jumlah pinjaman yang boleh diluluskan oleh pihak bank.

“Dengan itu, pembeli boleh memilih harga rumah yang sesuai dengan anggaran pinjaman yang boleh diluluskan dan terus menandatangani SPA tanpa bayar tempahan,’’ katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN