Kenapa takut angkat nama Zahid sebagai calon PM? - Utusan Malaysia

Kenapa takut angkat nama Zahid sebagai calon PM?

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berhubung calon Perdana Menteri seolah-olah memberi bayangan bahawa beliau tidak yakin untuk meletakkan presiden parti sendiri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri.

Ahli Biro Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Hizwan Ahmad berkata, tindakan Shahril membayangkan UMNO mempunyai ramai calon Perdana Menteri secara tidak langsung mengakui bahawa parti itu tidak ada keyakinan penuh terhadap Zahid.

“Kenapa Shahril sendiri takut untuk mengangkat nama Ahmad Zahid sebagai satu-satunya calon yang layak sebagai Perdana Menteri daripada UMNO? Adakah Shahril merasakan Ahmad Zahid mempunyai masalah dan sudah tidak layak?

“Situasi ini berbeza dengan Perikatan Nasional (PN) yang tuntas mencadangkan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya dalam kenyataan.

Malah, Hizwan bersetuju dengan pandangan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung kewibawaan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

“Tidak ada sesiapa boleh mencabar rekod dan komitmen Muhyiddin dalam membela nasib rakyat dan mengembalikan maruah negara,” katanya.

Shahril baru-baru ini menyangkal dakwaan Wan Saiful berhubung tiada calon Perdana Menteri lain yang sesuai selain daripada Muhyiddin.

Beliau menyifatkan, Bersatu hanya mempunyai seorang calon Perdana Menteri sedangkan UMNO mempunyai ramai pemimpin berkaliber yang boleh diketengahkan sebagai calon namun menganggap partinya tidak tergesa-gesa untuk menamakan mana-mana individu. – UTUSAN 0NLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya