Perancangan pembangunan perlu fokus kelestarian bumi - PM - Utusan Malaysia

Perancangan pembangunan perlu fokus kelestarian bumi – PM

MUHYDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, negara perlu memberi fokus kepada kelestarian bumi dalam aspek perancangan pembangunan fizikal mahupun sosio ekonomi agar mendatangkan impak positif kepada rakyat dan alam sekitar.

Perkara itu ditekankan Perdana Menteri semasa mempengerusikan Mesyuarat Kedua Majlis Air Negara (MAN) 2021 hari ini secara maya.

Dalam mesyuarat berkenaan, beberapa keputusan penting dicapai seperti pelaksanaan Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) oleh semua negeri dan kementerian yang terlibat dalam usaha untuk mengurangkan pencemaran sungai.

Sekretariat MAN, Kementerian Alam Sekitar dan Air dalam kenyataan memberitahu, Perdana Menteri turut menyarankan supaya inisiatif bersepadu itu dilaksanakan bagi negeri-negeri yang telah memberikan persetujuan.

“Namun begitu, Perdana Menteri juga memohon agar negeri-negeri lain meneliti dan mempercepatkan persetujuan kerana ia memberi banyak manfaat.

“Berkaitan dengan ini juga, Kerajaan Negeri Johor telah menyatakan persetujuan untuk IWK Konsortium Sdn. Bhd. mengambil alih perkhidmatan pembetungan di Majlis Perbandaran Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, mesyuarat berkenaan turut bersetuju agar semua negeri menggunapakai Garis Panduan JPS 1/97 Kawalan Hakisan Berikutan Pembangunan di Kawasan Pantai dan Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (Integrated Shoreline Management Plan – ISMP).

Ini memandangkan isu hakisan pantai dan sungai selalu berlaku disebabkan pengorekan pasir.

Pada masa sama, Perdana Menteri memohon agar Kementerian Alam Sekitar dan Air menjalankan sesi libat urus berkaitan Cadangan Penggunaan Kadar Minimum Aliran Ekologi / Alam Sekitar (E-Flow) Dalam Pengurusan Sungai Di Malaysia dengan negeri untuk memberikan penerangan mengenai pelaksanaan cadangan ini.

Mesyuarat tersebut dihadiri Menteri-Menteri Persekutuan, Menteri Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua-ketua Jabatan atau Agensi berkaitan.

Mesyuarat itu merupakan platform penting bagi penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi menentukan dasar, hala tuju dan pendekatan berhubung dengan pengurusan, pembangunan dan perkhidmatan air negara. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya