PR1MA terima pengiktirafan CIDB, rangkul 3 Anugerah Quest 2026 - Utusan Malaysia

PR1MA terima pengiktirafan CIDB, rangkul 3 Anugerah Quest 2026

PR1MA mengungguli Anugerah Kecemerlangan QLASSIC bersempena Anugerah QUEST 2026 anjuran CIDB.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak  tiga projek pembangunan  Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menerima pengiktirafan menerusi Anugerah Kecemerlangan Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC) bersempena Anugerah QUEST 2026 anjuran Lembaga  Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). 

 Anugerah QLASSIC diperkenalkan CIDB bagi  mengukur dan menilai mutu hasil kerja pembinaan berdasarkan piawaian industri yang  ditetapkan. 

 Tiga projek PR1MA yang menerima pengiktirafan bagi Projek Kerajaan ialah Residensi Menggatal di Sabah (82  peratus) dan dua projek di Kedah iaitu Residensi Junjong (79 peratus) serta Residensi Simpang Empat Fasa 1 (78 peratus). 

Memuatkan artikel berkaitan…

 Pengiktirafan ini mencerminkan usaha berterusan PR1MA dalam memastikan pembangunan kediaman mampu milik memenuhi standard kualiti pembinaan yang ditetapkan, sekali gus memberikan keyakinan kepada pembeli terhadap mutu kediaman yang disediakan. 

 Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PR1MA, Brian Iskandar Zulkarim berkata, pengiktirafan ini merupakan pencapaian bermakna buat PR1MA dalam usaha menyediakan kediaman mampu milik yang berkualiti kepada rakyat. 

 “Ia membuktikan bahawa pembinaan kediaman mampu milik tidak seharusnya mengabaikan aspek kualiti.

 “Di PR1MA, kami sentiasa menitikberatkan mutu pembinaan bagi memastikan setiap kediaman yang dibangunkan memberikan keselesaan dan nilai jangka panjang kepada pemiliknya,” katanya.

 Majlis penyampaian anugerah itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan pada 12 November lalu.

 Brian Iskandar berkata, PR1MA akan terus memperkukuh pemantauan kualiti  dan pelaksanaan projek bagi memastikan pembangunan perumahan mampu milik yang  dilaksanakan memenuhi keperluan rakyat. 

 Anugerah QUEST 2026 ini memberikan pengiktirafan kepada pencapaian industri pembinaan melalui beberapa kategori penilaian, termasuk QLASSIC, Sistem Penilaian Prestasi Keselamatan dan Kesihatan dalam Pembinaan, Alat Pengekalan Karbon dan Pengekalan Alam Sekitar, serta Kemampanan Infrastructure Rating Tool. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini