Covid-19: 3,337 kes baharu, 15 kematian - Utusan Malaysia

Covid-19: 3,337 kes baharu, 15 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan kes harian Covid-19 empat angka iaitu tertinggi sebanyak 3,337 kes sekali gus menjadikan jumlah kes positif negara sebanyak 147, 855 kes.

Manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 33,989 kes.

Terdapat 195 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 86 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 15 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor menjadi negeri tertinggi merekodkan kes positif baharu iaitu 1,036 kes diikuti Johor, 460 kes; Sabah, 389 kes; Kuala Lumpur, 257 kes; Pulau Pinang, 234 kes; Sarawak, 180 kes, Negeri Sembilan, 169 kes dan Pahang, 113 kes.

Katanya, Negeri lain pula merekodkan purata kes dua angka kecuali Perlis, empat kes.

“Malaysia juga merekodkan kes sembuh sebanyak 1,710 kes yang menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 113, 288 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.