4,029 kes baharu, 8 kematian - Utusan Malaysia

4,029 kes baharu, 8 kematian

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi iaitu 4,029 sejak wabak terbabit melanda negara.

Jumlah itu menjadikan kes positif negara sebanyak 155,095 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula
adalah 37,126 kes.

Terdapat 205 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 79 kes memerlukan bantuan pernafasan dan lapan kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor menjadi negeri tertinggi kes baharu iaitu 1,466 kes diikuti Johor, 719 kes; Sabah, 449 kes; Kuala Lumpur, 347 kes; Negeri Sembilan, 214 kes; Kelantan, 141 kes dan Pulau Pinang, 120 kes.

“Bagi kes sembuh, Malaysia merekodkan sebanyak 2,148 kes yag menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sepenuhnya iaitu 117, 375 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.