Lelaki retak kepala, pergaduhan dua kumpulan - Utusan Malaysia

Lelaki retak kepala, pergaduhan dua kumpulan

TANGKAP layar video berdurasi satu minit dua saat yang memaparkan pergaduhan dua kumpulan lelaki yang berlaku di Uptown Avenue Seremban 2, Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Lelaki mengalami retak di bahagian kepala selepas terlibat dalam pergaduhan di antara dua kumpulan lelaki dalam kejadian di Uptown Avenue Seremban 2 di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, video pergaduhan berdurasi satu minit dua saat yang memaparkan sekumpulan lelaki memukul seorang individu tidak dikenali itu turut tular dalam media sosial.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di Uptown Avenue Seremban 2 dan video itu menunjukkan pergaduhan di antara dua kumpulan lelaki tempatan. 

“Kejadian disyaki berlaku kira-kira pukul 1 pagi semalam (4 Disember 2020) yang dipercayai berpunca daripada kemalangan jalan raya yang berlaku di kawasan Mambau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Mohd. Said, daripada maklumat hasil risikan yang diperoleh, mangsa merupakan dua orang lelaki tempatan. 

“Salah seorang mengalami retak di bahagian kepala manakala seorang lagi hanya cedera ringan.

“Setakat ini, tiada sebarang laporan polis di terima dari kedua-dua belah pihak (mangsa),” katanya.

Jelas Mohd. Said, bagaimanapun Bilik Gerak Ibu Pejabat Daerah Seremban telah menerima satu laporan polis berhubung video pergaduhan yang tular itu pada pukul 9.45 pagi hari ini.

Beliau berkata, setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya