Henti gelar Gen Z pemalas, lembik

Henti gelar Gen Z pemalas, lembik

GENERASI dahulu masih boleh main peranan dalam mencorak dan menegur kelakuan salah generasi kini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK dimungkiri bahawa generasi hari ini telah ditekan dari atas dan bawah, seolah-olah sekeping sandwic. Mereka sering berada dalam dilema yang rumit apabila diberi label sebagai ‘malas’, ‘lembik’ dan ‘manja’.

Apabila cuba bersuara, generasi terdahulu mula menggelar mereka sebagai generasi biadab.

Walau apa pun gelaran yang diberi, mereka tidak boleh membiarkan generasi muda terkapai-kapai di laut kecaman, kerana tujuan asal kemarahan itu tercetus sepatutnya untuk melihat anak-anak muda berada di landasan yang lurus.

Memuatkan artikel berkaitan…

George Orwell pernah menulis bahawa setiap generasi rasa bahawa diri mereka akan unggul dari generasi sebelum dan selepas. Maka, tidak hairanlah bias generasi boleh wujud.

Contohnya, generasi sebelum saya mungkin memanjat pohon kelapa untuk mencari dana. Tetapi, anak muda sebelum mereka perlu berperang untuk mendapatkan wang dan makanan.

Tetapi, kalau pendekatan kutuk mengutuk dan maki memaki diambil, bagaimanakah kita boleh menghentikan kitaran toksik ini?

Generasi muda kala kini adalah aset negara. Mereka datang dengan kelebihan dan keberanian sendiri. Mereka membesar dengan semangat zaman yang unik. Generasi muda berani untuk menampilkan ketidakpuasan hati dengan terbuka.

Mereka juga tidak gentar membuka isu-isu yang dahulunya tabu laksana gangguan mental. Keterbukaan ini sebenarnya keunikan Generasi Z.

Namun, jangan salah faham. Generasi dahulu masih boleh main peranan dalam mencorak dan menegur kelakuan salah generasi kini. Walau bagaimanapun, dilarang keras menjadi toksik. Toksik itulah yang pada akhirnya membunuh bakat baharu.

Akhirulkalam, ambillah yang jernih, dan buang jauh-jauh segala yang keruh. Generasi kini perlu didorong dan bukannya ditekan dari atas bawah bagai sandwic. Kerana tekanan yang tidak tepat tidak akan menghasilkan modal insan yang berkualiti. – UTUSAN

MUHAMMAD AMIR HADI MAHRIZAL
Pelajar Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini