Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani mohon tambah peruntukan 

Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani mohon tambah peruntukan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memohon peruntukan tambahan untuk pemberian subsidi penanaman padi menerusi Skim Subsidi Harga Padi (SSHP).

Menterinya, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, sehubungan itu proses rundingan telah dilaksanakan dengan Kementerian Kewangan.

Katanya, permohonan tersebut dibuat selepas peruntukan diberikan sebelum ini kurang RM50 juta daripada RM620 juta yang dipohon kementerian sebelum ini.

“Kita telah buat permohonan dengan Kementerian Kewangan selepas peruntukan yang kita terima (RM570 juta) iaitu hanya merangkumi 1.5 juta tan metrik pada sahaja. 

“Tambahan pula kita menyasarkan peningkatan hasil kepada 1.9 juta tan metrik tahun depan. Oleh itu, kita akan mengemukakan permohonan peruntukan tambahan kepada Kementerian Kewangan khusus untuk golongan pesawah,” katanya dalam ucapan penggulungan  perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat semalam.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Makanan memperoleh peruntukan sebanyak  RM4.790 bilion menerusi Belanjawan 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya