Pekerja umur kurang 60 tahun boleh mencarum pada kadar 9 peratus

Pekerja umur kurang 60 tahun boleh mencarum pada kadar 9 peratus

kwsp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengurangkan kadar caruman berkanun syer pekerja daripada 11 peratus kepada sembilan peratus berkuat kuasa bagi tempoh setahun bermula Januari (caruman Februari 2021) sehingga Disember (caruman Januari 2022) tahun depan.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, kadar caruman baharu itu terpakai untuk pekerja berumur kurang dari 60 tahun yang wajib mencarum manakala bagi pekerja berumur lebih 60 tahun caruman berkanun syer pekerja masih kekal pada kadar sama.

Jelas kenyataan itu, ahli KWSP masih boleh memilih untuk mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar asal dengan melengkapkan Borang KWSP 17A (Khas 2021) menerusi laman sesawang KWSP bermula Selasa ini.

“Borang yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk didaftarkan secara dalam talian melalui kemudahan i-Akaun (majikan) bermula 14 Disember ini.

“Borang yang diterima daripada pekerja hendaklah disimpan sebagai rekod majikan,” kata kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya