48 penduduk Kampung Changkat Baru, Matang dipindahkan selepas rumah dinaiki air - Utusan Malaysia

48 penduduk Kampung Changkat Baru, Matang dipindahkan selepas rumah dinaiki air

KEADAAN banjir kilat di Matang, Taiping yang menyebabkan 48 penduduk dipindahkan semalam. - GAMBAR JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Seramai 48 penduduk daripada 10 keluarga di Batu 7, Kampung Changkat Baru, Matang, dekat sini terpaksa dipindahkan selepas penempatan mereka dinaiki air malam tadi.

Kesemua mereka terdiri daripada 17 wanita dewasa, 15 lelaki dewasa dan masing-masing lapan kanak-kanak lelaki dan perempuan dipindahkan ke pusat penempatan sementara di Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim Al-Baraqah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.05 malam dan sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pasukan itu membantu tugas mengeluarkan penduduk dari lokasi kejadian untuk dipindahkan ke pusat penempatan sementara dan tugas itu tamat sepenuhnya pada pukul 11.35 malam.

“Dipercayai air dari sungai berdekatan melimpah keluar akibat hujan lebat sehingga menyebabkan banjir di kawasan penempatan penduduk.

“Bagaimanapun, air di kawasan itu didapati telah mulai surut,” katanya hari ini.

Beliau berkata, semua mangsa diserahkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Perak untuk tindakan lanjut. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya