Polis tahan 312 ingkar PKP - Utusan Malaysia

Polis tahan 312 ingkar PKP

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malay­sia (PDRM) menahan 312 individu kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan 31 daripadanya disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 267 individu dikompaun manakala 38 orang direman dan tujuh lagi dijamin.

Menurut beliau, kesalahan lain melibatkan penjarakan fizikal 143 dan 70 aktiviti di kelab malam.

Katanya, turut dikesan ialah gagal menyediakan peralatan keluar masuk (37), tidak memakai pelitup muka (23), warga asing tanpa dokumen perjalanan (tujuh) dan sebuah premis beroperasi melebihi tempoh.

“Sebanyak 55,693 pemeriksaan dibuat melibatkan seramai 3,113 pasukan pematuhan dengan kekuatan 13,259 anggota membuat pemantauan.

“Operasi Benteng menahan 86 pendatang asing tanpa izin (PATI), seorang penyeludup dan seorang tekong,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sejak 24 Julai lalu, seramai 26,999 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 10,226 sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 69 dihantar ke hospital untuk rawatan selain 16,704 dibenarkan pulang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya