Empat pemilik kilang direman enam hari  - Utusan Malaysia

Empat pemilik kilang direman enam hari 

EMPAT beradik pengarah syarikat bersama yang dikatakan pencemaran bau di tahan reman 6 hari di Mahkamah Sesyen Selayang, di sini, hari ini. -IHSAN SIN CHEW DAILY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Empat lelaki pemilik sebuah kilang yang menjadi punca pencemaran bau di kawasan perindustrian di Sungai Gong, Rawang dekat sini, direman enam hari bagi membantu siasatan.  

Perintah reman bermula hari ini hingga Khamis depan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Nurul Mardhiah Mohamed Redza di Kompleks Mahkamah Selayang kira-kira pukul 10 pagi, hari ini. 

Kesemua lelaki berusia 50 hingga 60 tahun itu merupakan adik-beradik dan pengurus kilang yang diusahakan bersama selepas bapa mereka meninggal dunia. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, hasil siasatan mendapati kilang milik keempat-empat suspek yang turut menjalankan syarikat pembinaan dijadikan tempat menyimpan serta menyelenggara jentera berat. 

Ujarnya, kilang tersebut dipercayai gagal melakukan penstoran sisa minyak hingga menyebabkan pencemaran di sungai berkenaan. 

“Bagaimanapun, berilah kami siasat dahulu. Pihak polis juga akan mengambil keterangan kira-kira 50 pekerja kilang tersebut untuk membantu siasatan. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari  ini. 

Mengulas lanjut, Noor Azam berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 50 hingga 60 tahun ditahan dalam operasi bermula kira-kira 11 malam sehingga 12.30 tengah malam, semalam. 

Jelasnya, tiga daripada suspek ditahan di kediaman mereka di Selayang manakala abang sulung mereka ditahan ketika memberi hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak bersama peguamnya. 

Terdahulu, sebanyak 1,292 tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang mengalami gangguan air sejak kelmarin selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas ekoran pencemaran sumber air mentah di kesan di Sungai Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari semalam berkata, sebuah kilang yang disyaki menjadi punca pencemaran bau sehingga menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor dihenti tugas sejak Khamis lalu.

Malah, menurutnya, kilang itu telah disita dan dikompaun serta-merta selain akan dikenakan tindakan lebih tegas.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.