Tiada sebab akar umbi UMNO Sabah kena tindakan disiplin - Utusan Malaysia

Tiada sebab akar umbi UMNO Sabah kena tindakan disiplin

i-sinar
BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Selagi berpegang kepada prinsip dan semangat autonomi UMNO Sabah, akar umbi parti di negeri itu mempertahankan tidak ada sebarang sebab untuk mereka dikenakan tindakan ekoran membantah keputusan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengetuai jentera parti.

Ketua UMNO Sabah Bahagian Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau bersama beberapa wakil ketua bahagian menyuarakan pandangan yang masuk akal kerana Bung Moktar terlibat dengan perbicaraan kes rasuah di mahkamah.

“Kalau cadangan saya ini dianggap menyalahi disiplin (parti) maka saya terima (tetapi) saya percaya akar umbi UMNO Sabah memberikan cadangan yang efektif.

“UMNO Sabah mempunyai ramai pemimpin lagi…kami ada Pemuda, Wanita dan Puteri yang berkaliber tetapi meletakkan seseorang yang ada masalah peribadi untuk menerajui parti adalah penghinaan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar tergempar di sebuah hotel semalam.

Abdul Rahman menyuarakan pendapat tidak bersetuju Bung Moktar mengetuai jentera parti dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah rentetan Ahli Parlimen Kota Kinabatangan itu berdepan dua pertuduan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 daripada ejen pelaburan melalui isterinya, Datin Seri Zizie Ezette.

Beliau yang bakal bertanding di DUN Lamag dalam PRN nanti turut didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada seorang lagi ejen pelaburan melalui Zizie Ezette bagi tujuan sama.

Turut hadir dalam sidang akhbar itu, Ketua UMNO Bahagian Putatan, Penampang, Keningau, Beluran, Ranau, Pensiangan, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Batu Sapi dan Sandakan.

Difahamkan, Abdul Rahman mengadakan sidang akhbar tergempar bersama Bung Moktar dan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sr Musa Aman, bagaimanapun, kedua-kedua mereka tidak hadir.

Mengulas lanjut, beliau mendakwa kebanyakan Ketua UMNO bahagian tidak dibawa berbincang dalam soal keputusan parti sedangkan hal berkenaan kepemimpinan UMNO negeri, pentadbiran, keahlian, disiplin, pelantikan senator, pemilihan ahli sebagai ahli majlis tertinggi, hala tuju, kerjasama dengan parti komponen lain, penentuan calon pilihan raya dan calon ketua menteri sudah dipersetujui dalam autonomi UMNO Sabah semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun lalu.

“Saya tidak mahu lagi politik di Sabah ditentukan oleh Pusat sebab itu UMNO Sabah mahukan kuasa autonomi.

“Saya juga mahu UMNO Sabah dilihat sebagai parti tempatan tetapi jika keputusan seperti ini tidak diikuti, ia telah melanggar (autonomi),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya