Ingkar PKP: 78 individu lagi ditahan - Utusan Malaysia

Ingkar PKP: 78 individu lagi ditahan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 78 individu dalam satu operasi semalam atas kesalahan mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seorang telah direman, 35 individu diberikan jaminan manakala 42 lagi dikompaun.

“Antara kesalahan ingkar PKP termasuk aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial dan aktiviti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Sebanyak 2,774 pasukan pematuhan yang melibatkan 12,360 anggota telah membuat pemantauan di 3,919 pasar raya, 5,541 restoran, 1,658 penjaja, 1,178 kilang, 3,790 bank dan 636 pejabat kerajaan. 

“Juga dipantau, sebanyak 1,497 terminal pengangkutan darat, 360 terminal pengangkutan air serta 130 terminal pengangkutan udara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bercakap tentang kawalan sempadan negara, Ismail Sabri menjelaskan, polis turut berjaya menahan 14 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen.

“PDRM telah membuat 67 sekatan jalan raya di seluruh negara dan memeriksa 40,495 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus,” ujarnya.

Tambah Ismail Sabri, sehingga semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan PDRM telah membuka 266 kertas siasatan berkaitan berita palsu mengenai Covid-19.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 172 masih dalam siasatan, 30 kes telah didakwa di mahkamah, 12 diberikan notis amaran, 13 dalam proses perbicaraan dan 17 telah mengaku bersalah.

“Tiada pertambahan kertas siasatan baharu dibuka dalam tempoh lebih dua bulan lepas dan ini menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap penyebaran berita palsu meningkat,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya