Dekorasi elegan dalam rona gelap

Dekorasi elegan dalam rona gelap

WARNA hijau zamrud memberikan kelainan berkonsepkan Percampuran Budaya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAYA elegan dan nyaman memenuhi keseluruhan ruangan kediaman ini.

Jika penggemar dekorasi lain lebih gemar memilih rona cerah dan lembut dalam mencipta gaya mewah dan elegan, pemiliki kediaman ini bijak mengadun rona gelap bagi membangkitkan
suasana.

Kediaman milik pasangan, Rinani H. Ramli Mohd. dan Rizal Mohd. Sukor ini menampilkan konsep percampuran budaya (mix culture) yang menggabungkan beberapa elemen penting dalam satu ruangan.

Berlainan dengan kebanyakan tema yang in-trend ketika ini, percampuran budaya merupakan satu konsep tatarias yang tidak terikat kepada satu konsep sahaja.

“Konsep ini menjadi tarikan saya sebab ia tidak terikat pada suatu konsep sahaja, sebaliknya ia menggabungkan konsep-konsep yang difikirkan bersesuaian dengan perwatakan kami yang suka pada kelainan, menarik dan berani mencuba.

“Kami lebih santai dalam menentukan padanan perabot dan dekorasi serta padanan warna dan tema untuk menghias rumah,” katanya kepada Seri.

RONA hijau gelap menjadi asas pada keseluruhan ruang.

CITARASA EROPAH

Secara keseluruhannya, kediaman ini banyak mengetengahkan elemen rona hijau gelap pada kebanyakan ruang.

“Penggunaan tona hijau adalah elemen penting. Kami lebih tertarik penampilan citarasa Eropah yang tampak lebih berani.

“Terutama di bahagian dapur menggunakan warna hijau zamrud bagi menerapkan mood lebih berani dan garang (bold),” katanya yang banyak mendapat ilham daripada laman dekorasi dalam talian dan melancong ke luar negara.

Penampilan citarasa Eropah yang tampak lebih berani

HIJAU REDUP

Padanan elemen hijau menerbitkan suasana redup atau suram untuk pencahayaan bagi membangkitkan aura ketenangan selepas seharian sibuk bekerja.

Pemilihan perabot juga dibuat dengan teliti apabila setiap warna adalah senada dan tidak lari daripada tema asas.

Kebanyakan perabot terdiri daripada warna coklat dan hijau yang disusun atur dengan teliti agar tidak tenggelam dalam rona hijau yang pekat.

“Daripada segi pemilihan perabot saya lebih mementingkan kualiti dan ketahanan perabot tersebut.

“Kebiasaannya untuk perabot utama kami buat pemilihan sendiri di bilik pameran dan ada yang diimport.

“Kami mengelakkan pembelian perabot utama secara dalam talian untuk mengelakkan ketidakpadanan atau ketidaksesuaian dengan konsep pilihan kami,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×