PM arah cari mangsa tanah jerlus

PM arah cari mangsa tanah jerlus

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim berucap di Majlis Muktamar Masjid Semalaysia Untuk Al-Aqsa dan Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini./ M.FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri arah operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah jerlus Jalan Masjid India di sini diteruskan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bersimpati dengan nasib malang yang menimpa wanita warganegara India itu.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertemu dengan keluarga mangsa.

“Kerja itu harus diteruskan dan jika ada masalah mengenai tanah berkenaan, kita perlu selesaikan,” katanya kepada pemberita di sini.

Anwar ditemui selepas merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin (MM4AP) di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dan timbalannya, Dr. Zulkifli Hasan.

Terdahulu, negara dikejutkan dengan kejadian wanita yang ‘ditelan’ tanah jerlus di ibu negara.

Kini operasi untuk mencari mangsa itu sudah memasuki hari ketiga apabila ia dimulakan semula pagi ini selepas ditangguhkan malam tadi selepas pencarian di dalam enam lurang kumbahan tidak membuahkan hasil.

Operasi pencarian diteruskan dengan ditumpukan di lurang kedua di Jalan Melayu dan ketiga kumbahan di persimpangan Jalan Melayu.

Operasi tersebut membabitkan agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Indah Water Konsortium. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×