MELAKA: Status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemilih Dewan Undangan Negeri (DUN), Jumaat lalu tetapi akan diumumkan kemudian.
Yang Dipertua DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, nasib bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri itu berkata, keputusan mengenai kedudukan Jailani hanya akan diumumkan pada Sidang DUN akan datang.
“Mesyuarat telah diadakan pada minggu lepas. Bagaimanapun keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pemilih DUN tidak boleh didedahkan buat masa sekarang.
“Status beliau hanya akan dimaklumkan pada persidangan DUN akan datang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Sebelum ini, akhbar ini melaporkan, mesyuarat Jawatankuasa Pemilih DUN akan diadakan bagi menentukan status Muhammad Jailani.
Ia susulan kegagalan Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Melaka itu menyerahkan surat balasan rasmi dalam tempoh dua minggu yang ditetapkan berhubung tindakannya menyertai Pas. – UTUSAN









