ADUN Rembia kena jawab dalam 14 hari

ADUN Rembia kena jawab dalam 14 hari

Datuk Ibrahim Durum
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Ibrahim Durum telah menghantar surat rasmi kepada Ahli Dewan Undangan Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis pada 19 Julai lalu berhubung pengumumannya menyertai Pas.

Ibrahim berkata, bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri itu dikehendaki menjawab surat berkenaan dalam tempoh 14 hari.

“Saya telah menghantar surat kepada beliau pada Jumaat. ADUN Rembia perlu menjawab dalam 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan.

“Setakat ini saya masih belum terima surat rasmi daripada beliau,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, Muhammad Jailani telah melanggar aku janji yang ditandatangani semua calon Barisan Nasional (BN) sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Oleh itu, tegas beliau, Muhammad Jailani perlu menanggung segala kos ganti rugi yang telah termaktub dalam aku janji berkenaan.

Bagaimanapun, Ab. Rauf tidak mendedahkan jumlah yang perlu dibayar Muhammad Jailani, tetapi menjelaskan nilainya telahpun di­ketahui semua bakal calon se­belum diangkat menjadi calon BN.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melalui perkongsian video di platform TikTok menunjukkan bukti bahawa Muhammad Jailani menandatangani perjanjian RM100 juta sebelum PRN Melaka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×