Russia dakwa lebih 400 kali Ukraine guna senjata kimia

Russia dakwa lebih 400 kali Ukraine guna senjata kimia

ANGGOTA kerahan Ukraine Briged Artileri ke-55 'Zaporizhzhia Sich' menembakkan artileri bergerak sendiri CAESER buatan Perancis ke arah kedudukan Russia, di wilayah Donetsk.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Kementerian Pertahanan Russia menuduh Ukraine dan sekutunya, Amerika Syarikat (AS) kerap melanggar perjanjian asas antarabangsa di bawah Konvensyen Senjata Kimia (CWC).

Semasa operasi ketenteraan khas, Ukraine direkod menggunakan lebih 400 kali bahan kimia toksik yang tidak mematikan, dengan kebanyakan kes ini disahkan secara rasmi oleh makmal bertauliah Kementerian Pertahanan Russia.

Perkara itu didedahkan Ketua Tentera Radiasi, Kimia dan Perlindungan Biologi Russia, Leftenan Jeneral Igor Kirillov menjelang Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW), kali ke 106.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, Angkatan Tentera Ukraine kerap menggunakan agen kimia kawalan rusuhan, bom tangan gas dengan bahan CS buatan AS, bom tangan Ukraine, Teren-6 yang sarat bahan perengsa kimia dan senjata kimia buatan sendiri.

Terdapat banyak kes penggunaan agen perengsa kloropikrin oleh pihak Ukraine, yang sering dicampur dengan kloroasetofenon.

Penggunaan senjata kimia ini sering berlaku berhampiran Donetsk, Bogdanovka, Gorlovka, Kremennaya dan Artyomovsk.

Dengan kerjasama negara-negara Barat, Ukraine bukan sekadar mengehadkan dirinya kepada penggunaan agen kimia yang tidak mematikan sahaja, bahkan secara aktif menggunakan bahan kimia tersenarai seperti BZ, asid prussic dan klorin sianida.

KAEDAH NAZI

Kirillov merujuk kenyataan wakil Angkatan Tentera Ukraine, ia memiliki sebatian sedemikian, termasuk analog Tabun atau agen perang GA, yang termasuk dalam Jadual 1 Konvensyen dan digunakan oleh penceroboh fasis semasa Perang Dunia Kedua.

Beliau berkata, unit ketenteraan Ukraine menggunakan sebatian toksik bukan sahaja dalam operasi pertempuran, tetapi juga untuk melakukan serangan keganasan di wilayah yang dibebaskan terhadap beberapa tokoh politik Russia.

Selain itu, nasionalis Ukraine berulang kali cuba memusnahkan tapak berbahaya kimia di republik rakyat Donetsk dan Lugansk, sekali gus meningkatkan risiko kecederaan kimia kepada penduduk awam di kawasan tersebut.

“Saya ingin mengambil perhatian bahawa penyiasatan kemalangan kimia di zon konflik dijalankan mengikut keperluan OPCW menggunakan makmal lapangan dan tapak tetap yang mampu menentukan jenis sebatian kimia dan negara pembuatnya.

“Kesemua kes itu disahkan secara rasmi oleh makmal analisis kimia Kementerian Pertahanan Russia yang diakreditasi oleh OPCW,” katanya.

Bukti sedia ada yang mengesahkan pelanggaran Ukraine terhadap kewajibannya di bawah Konvensyen itu diserahkan kepada Sekretariat Teknikal OPCW, tetapi sebarang maklum balas masih belum diberikan.

MAKMAL KIMIA

Kirillov mendedahkan sebuah makmal dengan peralatan kimia dikesan di zon perindustrian di tingkat bawah bangunan yang musnah di salah satu penempatan berhampiran Avdeyevka semasa peninjauan kejuruteraan.

Katanya, pasukan diagnostik Tentera Perlindungan Nuklear, Kimia dan Biologi Angkatan Tentera Persekutuan Russia dihantar untuk memeriksa premis dan menjalankan analisis pantas.

Mereka menemukan penyejat berputar separa industri, sistem ekzos penapisan, reaktor kimia, botol karbon dioksida dan sistem rak dengan pinggan laboratorium serta bahan kimia di dalam makmal tersebut.

Selain itu, turut ditemukan ialah kit perlindungan pernafasan dan kulit, topeng gas termasuk yang dibuat di AS dan baju perlindungan buatan Poland.

Analisis ke atas bekas-bekas makmal menunjukkan kehadiran asid sulfurik dan sodium sianida, yang dipercayai digunakan untuk pengeluaran bahan toksik.

Kajian analisis di makmal menunjukkan kehadiran natrium sianida, asid sulfurik dan jumlah kecil anion sianida dalam sampel.

Kehadiran bahan kimia ini jelas menunjukkan bahawa makmal yang ditemui menghasilkan agen toksik sistemik.

Kirillov berkata, bahan daripada kumpulan ini berada dalam Jadual 3 CWC dan penggunaannya dilarang di bawah Perkara 1 Konvensyen.

Katanya, sebatian ini tidak berwarna, tetapi apabila disedut ia menyebabkan pening, muntah, sawan, lumpuh pernafasan dan kematian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN