Gerakan tidak perlu  jadi juara pertahan judi  - Pas

Gerakan tidak perlu  jadi juara pertahan judi  – Pas

AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Gerakan Rakyat (Gerakan) tidak perlu menjadi juara mempertahankan kegiatan judi dan loteri di Kedah kerana tindakan itu tidak akan menambahkan sokongan rakyat.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, parti itu tidak akan mendapat tambahan dengan menyokong aktiviti loteri yang diharamkan Kedah.

“Anda tidak akan mendapat tambahan undi pun dengan bersikap seperti ini. 

“Dalam pada kita menghormati keputusan mahkamah, kita juga harap kerajaan negeri Kedah akan mencari ruang dan peluang dalam konteks undang-undang yang ada bagi memastikan premis-premis judi dan loteri akan terus kekal ditutup,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Beliau merujuk kenyataan Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong yang meminta kerajaan Pas Kedah menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar  yang membenarkan permohonan semakan kehakiman dibuat bagi menghalang tindakan kerajaan negeri mengharamkan aktiviti perjudian berlesen.

Kata Tong Keong, meskipun pihaknya tidak menggalakkan amalan perjudian namun membantah hak seseorang untuk berjudi secara sah.

Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman dibuat bagi menghalang tindakan kerajaan negeri mengharamkan aktiviti perjudian berlesen.

Berikutan itu, kerajaan negeri difahamkan memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 14 November 2021, mengumumkan Kedah tidak lagi memberi kelulusan lesen premis perjudian, selain mengehadkan jualan arak di seluruh negeri itu.

Semua operasi premis perjudian dan loteri di Kedah ditamatkan sepenuhnya pada 1 Januari 2023, apabila kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen perjudian selepas tarikh itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN