Anggota tentera ziarah kubur tunang selepas tamat operasi Sabah

Anggota tentera ziarah kubur tunang selepas tamat operasi Sabah

MOHAMMAD Amar Irfan Sabran menziarah kubur tunangnya, Siti Nor Sazlin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu, di Kampar semalam. – MINGGUAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: ‘Saya tak sangka itu mesej terakhir yang dia berikan kepada saya dan penuh bermakna’.

Demikian luahan Mohammad Amar Irfan Sabran 22, yang kehilangan tunangnya, Siti Nor Sazlin Shaik Mohd. Firdaus, 25, dalam kemalangan maut membabitkan sebuah lori Jabatan Imigresen di ibu negara pada 18 Ogos lalu.

Siti Nor Sazlin maut bersama bapanya, Shaik Mohd. Firdaus Shaikh Yahya, 53, dan adiknya, Siti Darwisyah Auni, 12, selepas dirempuh sebuah lori Jabatan Imigresen dalam kejadian tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohammad Amar, anggota Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja di Kem Gua Permai, Ipoh, berkata, dia hanya berkesempatan menziarahi pusara tunangnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu, di sini semalam selepas tamat menyertai operasi di Lahad Datu, Sabah.

Menurutnya, dia menyertai operasi berkenaan sejak Julai lalu dan tidak dapat pulang ketika kemalangan yang meragut nyawa tunangnya itu berlaku.

“Sebaik tamat operasi, saya pulang ke rumah di Taman Sejahtera di sini dan terus menziarahi kubur tunang saya. Saya bersyukur kerana dapat juga menziarahi kuburnya setelah tidak dapat balik semasa dia meninggal dunia,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini semalam.

Mohammad Amar berkata, dia dan Siti Nor Sazlin bertunang sejak tiga tahun lalu dan merancang berkahwin tahun depan.

Katanya, kali terakhir mereka bertemu adalah sebelum dia berangkat ke Sabah untuk menyertai operasi selama tiga bulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini