Empat penjuru di Kuala Kubu Baharu

Empat penjuru di Kuala Kubu Baharu

Empat calon bersaing merebut DUN Kuala Kubu Baharu iaitu Khairul Azhari Saut, Pang Sock Tao, Nyau Ke Xin dan Hafizah Zainudin. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon Bebas.

PN diwakili calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Khairul Azhari Saut manakala PH diwakili Pang Sock Tao daripada DAP.

Nyau Ke Xin mewakili calon Bebas manakala Hafizah Zainudin bertanding atas tiket PRM.

Pegawai Pengurus PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Yuhanas Auree Kamaruddin mengumumkan pencalonan rasmi itu sebaik tempoh proses penamaan calon ditutup pukul 10 pagi semalam.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan seorang calon Bebas, Chng Boon Lai menghantar borang, namun menarik semula permohonan berkenaan pada saat akhir.

Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 20 Mac lalu. Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Mei sebagai hari pengundian membabitkan 40,226 pemilih berdaftar.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×