Penjawat awam Kelantan terima bonus Aidilfitri

Penjawat awam Kelantan terima bonus Aidilfitri

MOHD. Nassuruddin Daud (tengah) mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Penjawat Awam Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Penjawat Awam Negeri Kelantan 2024 sebanyak RM500 yang akan disalurkan sebelum sambutan 1 Syawal.

Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, perkara itu telah dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan dan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah.

Menurutnya, pemberian bantuan khas kewangan itum bagi menghargai jasa semua pegawai dan kakitangan kerajaan negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

“Kerjaan negeri juga memberikan bayaran penghargaan pada kadar RM250 kepada pegawai lantikan politik termasuk ahli-ahli majlis, penghulu, halaqat, penyelaras teknologi maklumat dan komuniskasi (ICT) Dewan Undangan Negeri (DUN) dan penyelaras pembangunan armalah.

“Bayaran penghargaan akan turut diberikan kepada guru pondok, guru al-Quran, guru fardu ain dan guru jahitan atau mudarribah,” katanya pada sidang media selepas Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti itu memberitahu, jumlah keseluruhan peruntukan yang disediakan untuk Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Penjawat Awam Negeri Kelantan 2024 adalah sebanyak RM5.3 juta.

Katanya, pada masa sama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan turut bersetuju mengisytiharkan cuti peristiwa bagi seluruh negeri ini pada hari Selasa depan iaitu 9 April atau bersamaan 29 Ramadan .

“Kelulusan cuti peristiwa itu untuk memberi ruang dan peluang bagi rakyat di negeri Kelantan membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ia juga merupakan langkah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dijangka akan berlaku sehari sebelum hari raya apabila perantau pulang ke kampung halaman masing-masing,” ujarnya

Dalam perkembangan lain, Mohd. Nassuruddin menjemput seluruh rakyat negeri ini untuk ke rumah terbukanya pada 2 Syawal di Maahad Tahfiz bersebelahan rumah beliau di Meranti, Pasir Mas.

“Pada sebelah malamnya pula, kerajaan negeri  mengadakan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Buat Anak Kelantan di Perantauan bertempat di Kompleks Balai Islam Lundang,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×