Tiada rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana tahun ini - Anwar

Tiada rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana tahun ini – Anwar

ANWAR Ibrahim ketika hadir majlis perhimpunan bulanan MOF di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiada majlis rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini, tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan, hari ini.

“Untuk sambutan Aidilfitri, saya tidak buat majlis besar-besaran di Seri Perdana,” katanya.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan akan menyertai sambutan Aidilfitri yang dibuat di negeri-negeri oleh kementerian berkaitan.

Keputusan untuk tidak menganjurkan sambutan Aidilfitri di Seri Perdana bukan kali pertama diumumkan Anwar, malah sambutan itu juga tidak diadakan tahun lalu.

Tahun lalu, Anwar memutuskan untuk menghadiri Majlis Rumah Aidilfitri anjuran agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi mendekati lebih ramai rakyat.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengingatkan kementerian dan agensi-agensi kerajaan supaya berjimat cermat dalam berbelanja terutama dalam menganjurkan sambutan rumah terbuka Aidilfitri.

“Saya mahu Perbendaharaan menunjukkan contoh. Janganlah kita bersaing siapa lebih megah dan bukan wang kamu pun.

“Kadang-kadang kita lupa, saya Perdana Menteri saya nak berbelanja apa salahnya, tapi saya fikir bukan wang saya.

“Apa ertinya saya tak ambil gaji tetapi saya boros berbelanja? Jadi untuk sambutan, sambutlah secara bersederhana,” katanya.

Beliau pada masa sama mengingatkan semua pihak bahawa masih ada di luar sana termasuk anak-anak di kampung yang masih hidup dalam keadaan tidak selesa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×