Stoking: Lelaki ditahan buat hantaran hina Islam - Utusan Malaysia

Stoking: Lelaki ditahan buat hantaran hina Islam

KK Mart
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang pemilik akaun Facebook, Chiok Wai Loong bagi membantu siasatan berhubung hantaran yang berunsur menghina agama islam berkaitan isu penjualan stoking tertulis kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan semalam di kawasan Cheras dan direman empat hari sehingga 24 Mac ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes masih di peringkat siasatan. Polis menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta elakkan daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutamanya membabitkan isu kaum, agama dan raja (3R),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, lelaki terbabit tampil memohon maaf secara terbuka setelah didakwa menambahkan ketegangan dalam isu penjualan stoking bertulis kalimah Allah di kedai serbaneka itu

Wai Loong membuat permohonan itu dengan dikelilingi sekumpulan lelaki yang mencarinya sebelum ini kerana tidak berpuas hati dengan komennya.

Dia mencetuskan kemarahan pengguna maya selepas didakwa mengeluarkan komen meminta orang ramai tidak terlalu sensitif dengan isu itu. 

Dia malah didakwa cuba membuat kelakar dengan memuat naik gambar stoking yang memuatkan wajahnya sendiri. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×