MAIWP, Media Mulia agih 1,000 pek bubur lambuk

MAIWP, Media Mulia santuni penduduk Seri Semarak, agih 1,000 pek bubur lambuk

Kakitangan Media Mulia bersama MAIWP dan ahli kariah surau menyediakan bubur lambuk pada program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran Media Mulia bersama MAIWP di Surau Jumaat Al-Husna Seri Semarak, Kuala Lumpur - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,000 penduduk di sekitar Setapak menikmati bubur lambuk percuma yang diedarkan oleh Media Mulia Sdn. Bhd. (Media Mulia) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Bubur lambuk tersebut diserahkan dalam program Kongsi Berkat Bubur Lambuk yang diadakan di Surau Jumaat Al-Husna Seri Semarak.

Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, program itu merupakan kolaborasi kali pertama MAIWP bersama Media Mulia pada Ramadan tahun ini.

“Masih banyak lagi rakan kolaborasi MAIWP dalam program seumpama ini termasuklah agihan bubur lambuk di masjid-masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“MAIWP dan Media Mulia sentiasa berhubung bagi MAIWP mendapatkan perkhidmatan liputan berita dan promosi daripada Media Mulia dalam program-program anjuran MAIWP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di program agihan 1,000 pek bubur lambuk sempena program Kongsi Berkat Bubur Lambuk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, hari ini.

Jelasnya, lokasi Surau Al-Husna dipilih bagi menyantuni masyakat khususnya muslimin dan muslimat di sekitar surau berkenaan.

“Surau Jumaat Al-Husna juga mempunyai kemudahan serta kawasan cukup luas untuk realisasikan program agihan pada hari ini.

“Selain itu, di Kawasan PPR ini juga, ramai penerima bantuan daripada MAIWP yang tinggal di kawasan ini dan secara tidak langsung kami dapat menyantuni mereka dengan lebih dekat menerusi program ini,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, Mohd Fauzi Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×