PETALING JAYA: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyambut baik cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mewujudkan undang-undang khusus bagi memperkukuh tadbir urus dan pengurusan kewangan masjid serta surau. Menurut MAIWP, pihaknya sememangnya telah mempunyai peruntukan undang-undang dan mekanisme kawal selia sedia ada berkaitan pengurusan masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan. “Antara peruntukan berkaitan termasuk Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], khususnya Bab VII berkaitan masjid.…










