Md Arif bersara sebagai Pengerusi KPJ Healthcare Berhad

Md Arif Mahmood bersara sebagai Pengerusi KPJ Healthcare Berhad

KPJ Healthcare
Md Ariff Mahmood
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) mengumumkan Pengerusinya, Datuk Md Arif Mahmood akan meletakkan jawatan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Pengerusi KPJ Healthcare setelah menamatkan tempoh perkhidmatan selama dua tahun pada 31 Mac 2024.

Md Arif dilantik sebagai Pengerusi Lembaga KPJ Healthcare pada 1 April 2022, sewaktu negara sedang memasuki fasa peralihan ke endemik COVID-19.

Di bawah kepimpinan beliau yang strategik, KPJ Healthcare berjaya mengukuhkan kedudukan untuk merebut peluang yang berdaya saing sehingga mampu memacu pertumbuhan pendapatan tertinggi yang direkodkan sebanyak RM2.9 bilion pada tahun 2022 dan RM3.4 bilion pada tahun 2023.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada hari ini, nilai KPJ Healthcare juga telah melonjak dua kali ganda sejak dua tahun yang lalu.

Lembaga Pengarah dan Pengurusan KPJ Healthcare mengucapkan ribuan terima kasih kepada Md Arif atas kepimpinan cemerlang, perkhidmatan dan sumbangan yang amat berharga kepada Syarikat.

“Saya amat berbesar hati di atas kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan bagi mempengerusikan Lembaga Pengarah KPJ Healthcare. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli-ahli Lembaga pengarah, pasukan pengurusan dan Pasukan KPJ atas sokongan yang diberikan sepanjang tempoh saya berada di syarikat ini.

Ia merupakan satu penghormatan untuk berkhidmat bersamapasukan yang berbakat dan berdedikasi. Pastinya pengalaman yangditimba sepanjang di sini akan saya jadikan kenangan manis.”

“Saya amat menghargai sokongan, kepercayaan dan keyakinan tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh pemegang saham, pesakit, dan pelanggan kepada kami. Faktor-faktor inilah yang menjadi pendorong utama dalam memacu komitmen dan prestasi kami.”

“Berpaksikan slogan ‘Care for Life’, saya yakin KPJ Healthcare akan terus mencipta semula dalam mentakrifkan semula industri penjagaan kesihatan. Dengan memanfaatkan rangkaian hospital pakar yang luas di negara ini, kakitangan yang berpengalaman dan berdedikasi, usaha transformasi digital, penggunaan teknologi terkini dan kerjasama strategik dengan rakan kongsi yang
berpengaruh, saya percaya Syarikat akan terus mencorakkan pembaharuan.

“Saya ingin melihat syarikat terus berkembang dan mencapai kejayaan yang lebih besar di masa depan,” kata Arif.

Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan berkata: “Kewibawaan Md Arif menerajui kepimpinan seiring dengan perubahan permintaan industri penjagaan kesihatan.

“Sebagai seorang yang berpandangan jauh, beliau juga telah mendorong kami untuk meneroka peluang baharu dan berinovasi dalam menghadapi persaingan yang sengit. KPJ Healthcare juga
mengukuhkan komitmennya terhadap mengutamakan penjagaan pesakit (patient-centric) di bawah kepimpinan beliau.

“Bagi pihak warga kerja KPJ Healthcare, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Datuk Md Arif atas sumbangannya yang tidak ternilai, dan kami mendoakan yang terbaik untuk beliau pada masa hadapan.”

Pengumuman mengenai pelantikan Pengerusi baru akan dibuat dalam masa yang terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini