Kes khalwat Nik Nazmi: Rafizi serah tindakan pada kepemimpinan parti

Kes khalwat Nik Nazmi: Rafizi serah tindakan pada kepemimpinan parti

RAFIZI Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kepemimpinan Parti Bersama Malaysia (Bersama) akan menentukan tindakan atau proses tatatertib terhadap pemimpinnya, Nik Nazmi Nik Nik Ahmad susulan isu khalwat.

Pemimpin Bersama, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli berkata, ia perlu melalui proses dan prosedur parti sewajarnya sebelum sebarang keputusan diambil.

“Perkara itu perlu melalui proses parti kerana saya dan Nik Nazmi sebenarnya hanyalah ahli biasa dalam parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu, kepemimpinan parti yang perlu melalui dan mengendalikan proses berkenaan. Kita tunggu sekiranya ada kenyataan dikeluarkan oleh Presiden,” katanya.

Hari ini, Nik Nazmi mengesahkan dirinya antara individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kes dua individu bukan mahram berdua-duaan di tempat tertutup di sini pada 15 Oktober lalu.

Mengulas mengenai kenyataan maaf dibuat oleh Nik Nazmi kepada keluarga dan parti, Mohd. Rafizi menyatakan adalah wajar untuk bekas Ahli Parlimen Setiawangsa itu berbuat demikian.

“Sebab itu memang perlu untuk beliau mengeluarkan kenyataan dahulu manakala proses-proses lain akan ditentukan oleh pihak kepimpinan parti kelak,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini