Gencatan senjata: Malaysia zahir penghargaan kepada Australia

Sokong gencatan senjata: Malaysia zahir penghargaan kepada Australia

sempena lawatan empat hari beliau ke Australia hari ini. -PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menzahirkan penghargaan terhadap keputusan Australia yang menyokong gencatan senjata membabitkan krisis Palestin dan Israel. 

Pendirian itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  dalam sidang akhbar bersama rakan sejawatannya, Anthony Albanese di Melbourne bersempena lawatan rasmi ke Australia.

Perdana Menteri berkata, pihaknya juga menghargai usaha negara itu untuk meningkatkan usaha kemanusian kepada Gaza.

“Kita juga membincangkan pandangan isu antarabangsa, sudah tentu membabitkan pencerobohan Rusia terhadap Ukraine and krisis Palestin-Israel. Mewakili Malaysia, melahirkan penghargaan kepada keputusan kerajaan Australia to menyokong gencatan senjata dan meningkatkan usaha kemanusian terhadap Gaza

“Secara konsesusnya kami mahu sokongan gencatan senjata dan sokongan kemanusian di samping mengelakkan perbalahan berterusan, tetapi buat masa kini gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri diberi sambutan rasmi di Rumah Kerajaan, Victoria bersempena lawatan empat hari beliau ke Australia.

Ketibaan Anwar disambut oleh Gabenor Victoria, Margaret Gardener dan Albanese. 

Dalam pada itu, Anwar berkata, hubungan Malaysia dan Australia memasuki fasa baharu menerusi kerjasama komprehensif yang dirintis melalui pelbagai bidang antaranya pelaburan, perdagangan, pendidikan, sukan dan ekonomi digital dan keselamatan siber.

Perdana Menteri berkata, pihaknya melihat minat dan peningkatan pelaburan dan syarikat Australia ke Malaysia sekali gus menunjukkan keyakinan mereka terhadap negara ini.

“Kita juga menerokai untuk memperkukuhkan hubungan dua hala peningkatan perdaganga memandangkan Australia kekal rakan dagangan ke-10 terbesar Malaysia,” katanya.

Selain kerjasama pertahanan dan keselamatan, Anwar berkata, Malaysia menyatakan komitmen untuk menerokai kerjasama spesifik seperti ekosistem vaksin dan peralihan tenaga baharu.

“Tetapi isu pendidikan tinggi, sudah tentu ini menjadi keutamaan bagi keutamaan bagi kita kerana memperoleh faedah dengan pendidikan ekosistem pendidikan di sini. Saya secara peribadi, sangat teruja dengan minat beberapa universiti untuk mengembangkan program ke Malaysia, di samping menghantar pelajar ke Australia,” katanya.

Semalam, Anwar dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne bagi lawatan rasmi ke Australia dan mengetuai delegasi Malaysia ke dua program utama iaitu Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.

Lawatan itu juga atas jemputan Albanese yang mana ia akan melibatkan beberapa mesyuarat dan pertemuan penting, perbincangan meja bulat dan juga secara langsung dengan ketua-ketua industri di Melbourne, sebelum ke Canberra pada hari terakhir lawatan pada 7 Mac. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×