Warga Indonesia direman, tawar, beri rasuah RM250 - Utusan Malaysia

Warga Indonesia direman, tawar, beri rasuah RM250

SEORANG lelaki warga Indonesia dibawa ke Kompleks Mahkamah Seremban di Seremban 2, Seremban hari ini bagi mendapatkan permohonan reman terhadapnya yang disyaki menawar dan memberikan rasuah kepada anggota polis, semalam.-UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang warga Indonesia direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Selasa depan selepas disyaki menawar dan memberikan wang rasuah berjumlah RM250 kepada anggota polis.

Permohonan reman telah dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Zainab Yahya di hadapan Majistret Fairus Syuhada Amran di Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini.

Sepanjang tempoh reman terbabit, suspek akan ditempatkan di lokap SPRM Negeri Sembilan. 

Menurut sumber, suspek lelaki itu telah ditahan kira-kira pukul 10.45 malam semalam ketika hadir di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan di sini.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, suspek melakukan kesalahan tersebut pada kira-kira pukul 6.20 petang bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra bin Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×