Scammer Laos kini guna taktik AI

Scammer Laos kini guna taktik AI

Hishamuddin Hashim (kiri) bercakap kepada pemberita selepas tujuh rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia selamat tiba di Terminal 1, KLIA, Sepang malam semalam. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sindiket penipuan antarabangsa yang berpindah dari Myanmar ke Laos sudah mula menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengumpan mangsa baharu.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim yang memberitahu, modus operandi terkini itu terbongkar hasil temuramah pihaknya dengan beberapa mangsa yang diselamatkan dari negara berkenaan.

“Sindiket kali ini sudah tidak lagi mengumpan kononnya ada tawaran kerja bergaji lumayan kerana ramai sudah tahu taktik ini tetapi mula guna AI pula,” katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan tujuh mangsa jenayah pemerdagangan itu di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini lewat malam semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, umpan AI yang dieksploitasi oleh geng sindiket berkenaan cuba memperdayakan mangsa terlibat dengan imej rekaan watak wanita cantik.

“Janaan canggih komputer itu akan mempelawa mangsa pergi ke Bangkok kononnya untuk bertemu tetapi apabila tiba di sana, mereka diculik sebelum dibawa ke Laos pula,” jelasnya.

Teknologi AI tersebut ujar beliau, turut digunakan secara meluas dalam platform media sosial yang cuba mengajak golongan muda pergi bercuti ke Phuket atau Krabi di Thailand.

Sebaliknya tambah beliau, tawaran hebat itu hanya helah memperdaya mangsa sebelum mereka dibawa masuk ke Laos untuk diperdagangkan oleh sindiket berkenaan.

Justeru beliau meminta masyarakat tempatan khususnya belia agar tidak terpengaruh dengan modus operandi baharu itu yang menjurus kepada tema percintaan dan percutian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini