Tukang kayu buat perlakuan jijik, tidak senonoh terhadap kucing direman

Tukang kayu buat perlakuan jijik, tidak senonoh terhadap kucing direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang tukang kayu ditahan reman tujuh hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan berhubung perbuatan jijik dan tidak senonoh terhadap seekor kucing di sebuah rumah di Selising, di sini sehingga video kejadian tersebut tular dalam media sosial.

Perintah remanterhadap lelaki berusia 49 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Mohd. Fadli Datuk Nik Azlan.

Tahanan reman itu bagi membolehkan polis membuat siasatan lanjut mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan luar tabii dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, lelaki itu tiba kira-kira pukul 9 pagi di pekarangan Mahkamah Majistret di sini, untuk prosiding reman dengan diiringi dua anggota polis.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seekor kucing di kediamannya, susulan penularan video kejadian itu di platform media sosial Threads. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini