Kehadiran konsert atas jemputan Siti, suami -Anwar - Utusan Malaysia

Kehadiran konsert atas jemputan Siti, suami -Anwar

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menjelaskan kehadiran beliau dalam konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas mendapat kritikan pelbagai pihak khususnya pembangkang.

Menurut beliau, kehadirannya dalam konsert yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil atas jemputan khas daripada Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

“Siti Nurhaliza dan suaminya mohon sangat-sangat saya hadir. Betullah, saya bukanlah minat, tapi pergi juga walaupun lambat sikit, (dan) ditegur oleh beberapa rakan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian selepas Mohd. Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang berseloroh supaya Ahli Parlimen Tambun itu mengajaknya bersama jika ke konsert pada masa akan datang.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan bahawa Siti Nurhaliza merupakan seorang biduanita terkemuka dan persembahannya secara tidak langsung memartabatkan seni serta budaya tempatan.

Jelas beliau, usaha memperkasakan kebudayaan itu selari dengan seni tradisional lain seperti wayang kulit, tarian warisan, serta kebudayaan dari Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyindir teguran pihak tertentu berhubung kehadirannya ke acara hiburan berkenaan.

“Terima kasihlah kerana yang tegur itu yang ‘warak-warak’ yang tak pernah dengar lagu.

“Saya ini ada kelemahan saya kerana minat juga lagu, bukan sahaja Melayu, Inggeris. Hindustan pun saya minat,” ujarnya

Terdahulu, kehadiran Anwar di konsert berkenaan menjadi tular di media sosial selepas beliau dilihat menyaksikan persembahan dalam keadaan berhujan dengan memakai baju hujan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini