Pilih Mat Sabu bukan sebab ambil hati – Siti Mariah - Utusan Malaysia

Pilih Mat Sabu bukan sebab ambil hati – Siti Mariah

DR. SITI MARIAH MAHMUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

AHAD lalu selesai pemilihan kepemimpinan Parti Amanah Negara (Amanah). Bagaimanapun ibarat ‘rumah siap, pahat mula berbunyi’ apabila ramai beranggapan barisan kepemimpinannya masih sama.

Ada yang menyuarakan Amanah tampak lebih relevan jika bukan lagi di bawah Datuk Seri Mohamad Sabu, namun ada juga yang berpendapat sebaliknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikuti penjelasan Naib Presiden Amanah, DR. SITI MARIAH MAHMUD bersama wartawan Utusan Malaysia, ASLINDA NASIR.

UTUSAN: Kenapa masih memi­lih Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai Presiden sedangkan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mendapat undi popular dalam kalangan ahli?

SITI MARIAH MAHMUD: Kita tahu semua orang melihat perkara ini, kerana kita faham Dr. Dzulkefly mendapat undian tertinggi. Tetapi Datuk Seri Mohamad pengasas parti dan kita lihat beliau berjaya sehingga menjadi menteri. Ini penggal terakhir untuk beliau berkhidmat sebagai Presiden dan lantikan Datuk Seri Mohamad sebagai Presiden tiada kena mengena dengan soal mengambil hati.

Sewaktu Amanah ditubuhkan, kita yang minta beliau menjadi Presiden, bukan beliau meminta jadi Presiden. Datuk Mujahid pula ada tiga tahun lagi untuk membuktikan kepada ahli untuk membina kekuatan parti kemudian mengambil tampuk tertinggi nanti.

Kenapa bukan Dr. Dzulkefly? Beliau adalah seorang pemikir, golongan T20 mungkin menyokong beliau tetapi berapa ramai faham ucapan dia? Ini bermakna pemilihan Datuk Seri Mohamad sebagai Presi­den bukan isu ambil hati, tetapi lebih kepada compliment each other. Betul, bukan semua setuju tetapi itu yang kita putuskan.

Kenapa muka lama pimpinan Amanah masih memonopo­li ke­pimpinan parti?

Sebab ramai yang tidak kenal muka baharu. Kenapa tidak kenal? Sebab mereka tiada masa memperkenalkan diri. Tiga tahun lalu kita sibuk dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan Covid-19, dan muka-muka baharu ini ramai menjadi pembantu menteri, pembantu exco di mana pada saya bagus kerana mereka adalah eksekutif. Tetapi muka-muka baharu ini tiada usaha memperkenalkan diri dengan akar umbi. Masa terhad, aktiviti terencat, mereka tidak duduk di Parlimen, tiada kenyataan kontroversi dikeluarkan. Maka itu sebabnya muka baharu tidak men­jadi pilihan.

Amanah belum mampu menarik hati pengundi Mela­yu?

Kita perlu akui yang Amanah masih tidak menjadi pilihan tetapi mungkin dikenali. Itu secara asasnya. Kita bawa kese­derhanaan dalam Islam, kita tidak kata kita sahaja yang betul, orang lain tidak betul. Kemudian, saya melihat bahawa selepas kita menang dan menjadi kerajaan, tidak pun sempat nak memperkenalkan Amanah, tiba-tiba menjadi kerajaan, sibuk mentadbir. Namun, saya yakin dalam masa tiga tahun ini kita akan atasi masalah itu.

Amanah dilihat tenggelam berbanding UMNO?

Saya tidak merasakan orang Melayu sasar parti tertentu se­perti UMNO kerana dalam Pakatan Harapan juga menyasarkan pengundi Mela­yu. It’s alright, kita kena faham UMNO pun ada pengundi Mela­yu di peringkat bawahan yang mereka jaga..dan itu kita tidak boleh nafikan. Kita tidak bersaing kerana Amanah adalah komponen parti yang terkecil dan kemenangan mana-mana parti itu adalah kemena­ngan untuk kita semua. Malah, Amanah juga tidak boleh survive sendiri kerana kami parti kecil, parti nyamuk dan kami bergantung kepada coalation parti lain yang ada. Kita mengangkat agenda perpaduan negara dan perpaduan di antara kita itu sudah pasti menjadi kebanggan, bukan perlu memikirkan soal perebutan kerusi.

Amanah dilihat klon DAP?

Itu fitnah, propaganda dimainkan oleh Pas, mereka kata kita khadam DAP sehingga tiada modal lain lagi yang disebut bila kaitkan dengan DAP. Tetapi, ahli Amanah sendiri tidak pun merasa begitu sebab kita kerjasama dengan DAP dan jika ada persamaan, itu identiti kita dan sokongan kepada DAP pun kita sudah katakan dari mula lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×