Terengganu keluarkan beras sendiri tampung keperluan penduduk

Terengganu keluar jenama beras sendiri tampung keperluan penduduk

SEBAHAGIAN Beras Ganu yang dikeluarkan TADC untuk memenuhi pasaran beras di Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu mengeluarkan jenama beras sendiri iaitu Beras Ganu bagi memenuhi permintaan pengguna di negeri ini sejak Julai lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, setakat ini, sebanyak 60 tan metrik beras jenama tersebut berada dalam pasaran di negeri ini pada setiap bulan.

Menurutnya, Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn. Bhd. (TADC) diberi tanggungjawab untuk menguruskan pembungkusan, pengedaran dan mempromosikan Beras Ganu MyGAP.

Katanya, Beras Ganu yang dikeluarkan itu merupakan beras Super Special Tempatan (SST) berkualiti tinggi dari sawah padi tempatan dan mempunyai Sijil Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP).

“Pengeluaran Beras Ganu itu juga akan ditingkatkan 100 tan metrik bagi menampung permintaan yang dijangka meningkat selepas ini berikutan kenaikan harga beras tempatan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Selain itu, Azman berkata, TADC akan berusaha dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) untuk mendapatkan tambahan beras berikutan penanaman padi musim pertama sudah berakhir Jun lalu.

Jelasnya, langkah tersebut diambil bagi menampung permintaan beras di negeri ini.

“Musim pertama pengeluaran padi daripada petani tempatan berakhir Jun lalu dan pengeluaran musim kedua dijangka November depan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, TADC membelanjakan sebanyak RM270,000 untuk pembelian beras daripada beberapa kilang padi di negeri ini untuk proses pembungkusan sebelum dibekalkan kepada pengedar tunggal yang dilantik untuk dipasarkan.

“Beras Ganu dijual harga RM12.90 bagi beg lima kilogram (kg) dan RM25.60 begi 10kg,” katanya.

Mengenai hasil pengeluaran padi, Azman berkata, jumlah pengeluaran padi di negeri ini meningkat sebanyak 75,013 tan metrik pada tahun 2021 berban­ding hanya 73,068 tan metrik pada 2020.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×