CUEPACS tuntut gaji minimum RM1,800, kenaikan tahunan RM180

CUEPACS tuntut gaji minimum RM1,800, kenaikan tahunan RM180

SESI libat urus berhubung kajian SSPA diadakan bagi memastikan tiada satu pun penjawat awam yang tertinggal. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gaji minimum RM1,800 dengan kenaikan gaji tahunan RM180 adalah antara cadangan Kongres Kesatuan Pe­kerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kepada kerajaan yang berhasrat untuk mengkaji semula skim gaji penjawat awam.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat berkata, selain itu, pihaknya juga mencada­ngkan kepada kerajaan supaya memperkenalkan elaun bandar raya sebanyak RM500 di sam­ping menambah Imbuhan Tetap Perumahan kepada RM450 berbanding RM300 pada masa ini.

Selain itu, kata beliau, sudah tiba masanya elaun Sara Hidup (Cola) dalam kalangan 1.6 juta penjawat awam ditingkatkan agar mereka dapat menjalani kehidupan dalam keadaan selesa ekoran kenaikan kos sara hidup masa ini.

LIMA TAHUN

“CUEPACS juga mencadangkan kerajaan agar sistem saraan sektor awam dikaji setiap lima tahun,’’ katanya ketika dihu­bu­ngi semalam.

Adnan menambah, cada­ngan lain ialah peningkatan gred untuk skim perkhidmatan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Kewangan ke gred 29 dan kenaikan Khas Untuk Penyandang (KUP) pertama 10 tahun dan KUP kedua lapan tahun serta cada­ngan gred minimum Gred 19.

Kelmarin, Perdana Mente­ri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan mengkaji semula skim gaji perkhidmatan awam dan akan dibawa ke dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu depan.

Beliau berkata, keputusan untuk mengkaji semula skim gaji berkenaan dibuat berikutan tiada kenaikan diberikan bagi tempoh yang agak lama, dengan kali terakhir skim gaji berkenaan disemak adalah pada tahun 2013.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan dan Swasta (Pejasma), Datuk Azih Muda berkata, sudah 21 tahun struktur gaji dan elaun kakita­ngan awam tidak ditambah baik menyebabkan soal kebajikan mereka masih pada takuk lama.

Katanya, keadaan itu juga memberi kesan kepada lebih satu juta pesara kerajaan apabila sistem saraan tidak pernah berubah dan tidak bergerak se­iring dengan perkembangan taraf kehidupan rakyat.

“Cadangan kajian menaikkan gaji penjawat berbeza dengan semakan semula sistem saraan kerana jika naik gaji tidak memberi kesan untuk pesara kerajaan, jadi sistem saraan perlu dirombak dengan untuk memberi peningkatan semua peringkat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×