Ketirisan UiTM, anak syarikat serah kepada SPRM - PM

Ketirisan UiTM, anak syarikat serah kepada SPRM – PM

UiTM SPRM
ANWAR Ibrahim bersalaman dengan mahasiswa dan warga Unisel selepas menyampaikan syarahan ulung Kursi Siddiq Fadzil Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan urusan siasatan berhubung ketidakcekapan dan ketirisan dialami Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan anak syarikatnya, UiTM Holdings kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu (serah kepada) SPRM,” katanya ringkas ketika ditemui selepas menyampaikan syarahan ulung Kursi Siddiq Fadzil Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia dekat Dewan Canselor, Universiti Selangor (Unisel),  di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, sayap pelaburan UiTM mengalami kerugian empat tahun berturut-turut dari 2017 hingga 2021 sebanyak RM157.04 juta.

Malah kerugian terkumpul dialami syarikat itu dalam tempoh 10 tahun adalah RM157.8 juta melibatkan pelbagai pelaburan termasuk projek menerbitkan filem sehingga hangus puluhan juta ringgit, selain resort penginapannya, Intekma Resort & Convention Centre di Seksyen 7 di sini, yang tidak memberikan hasil sehingga  dihentikan operasi.

Berdasarkan laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dilihat Utusan Malaysia, anak syarikat UiTM itu yang ditubuhkan pada 2007 pernah mencatat keuntungan keseluruhan sebanyak RM26 juta pada tahun 2011, 2014, 2015 dan 2016. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN