Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Muda tak tahu apa-apa

Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan: Kami tak tahu apa-apa – Muda

ANWAR Ibrahim bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat di Menara Dato’ Onn. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mendakwa parti itu tidak mendapat makluman dan jemputan berhubung mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang diadakan buat pertama kali di Menara Dato’ Onn, malam semalam.

Setiausaha Agungnya, Amir Hadi mendakwa, parti itu hanya mengetahui mesyuarat tersebut berlangsung melalui laporan media.

“Khabarnya semalam berlangsung mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan. Nampak ada logo Muda. Tetapi tak tahu apa-apa. Tak ada jemputan. Tak ada makluman. Tahu-tahu sudah ada keputusan.

“Saya Setiausaha Agung parti. Kalau ada sebarang komunikasi, sudah tentu melalui saya. Tidak ada surat, mesej, e-mel dan sebagainya yang diterima. Kami hanya tahu ia berlangsung daripada media,” tulisnya.

Beberapa pimpinan utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan menghadiri mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, pemimpin utama Muda dilaporkan tidak kelihatan di Menara Dato’ Onn itu.

Terdahulu, mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk menubuhkan tiga jawatankuasa melibatkan semua parti dalam kerajaan.

Menurut Perdana Menteri, jawatankuasa itu melibatkan Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Pilihan Raya serta Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×