Pengeluar vape perlu ada rasa bertanggungjawab

Pengeluar vape perlu ada rasa bertanggungjawab

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluar vape perlu ada rasa tanggungjawab dalam menghasilkan produk mereka dengan mengelakkan daripada memasarkan produk dengan reka bentuk yang bertujuan menarik golongan bawah umur.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, golongan bawah umur tidak sepatutnya menjadi sasaran promosi oleh pengeluar vape.

“Pengusaha produk vape tidak seharusnya menyasarkan pelajar atau anak-anak yang masih dalam peringkat sekolah membeli produk mereka,’’ katanya.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Kesihatan akan menjalin kerjasama beberapa kementerian, universiti awam dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam aktiviti advokasi dan pencegahan melibatkan penggunaan vape.

Katanya, ini bagi memastikan pendidikan berterusan berkaitan bahaya rokok terma­suk vape dapat disebarkan secara meluas kepada semua lapisan masyarakat.

Semalam, Mingguan Malaysia melaporkan, 300,000 pelajar sekolah dan remaja terjerumus kepada penggunaan vape pakai buang akibat terpengaruh de­ngan promosi tidak bertanggungjawab syarikat pengeluar yang mengejar keuntungan semata-mata.

Data Kementerian Kesihatan mendedahkan pelajar menggunakan vape sekurang-kurang­nya sehari sekali dan dapatan tersebut membimbangkan kera­na produk itu mengandungi nikotin yang berbahaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×